ϟSaRaNGi IrEoLKkA?.










Demure VS Narcissim
Sunday 2 June 2013 | 12:56 | 0 Students
Assalammualaikum..
Hai semua..once again Yu bergadang..Ni malam je ni chance nya..Esok memang takboleh dah.Kena bangun awal pada hari Selasa.Ada aktiviti sekolah. :) .

By the way,tengok tak tajuk dekat atas tu?tengok kan?tipu kalau tak tengok.Sebab kalau tak tengok,tak sampainya kesini.Actualy,tu tajuk baru bagi percubaan novel Yuyu..Tapi entahlah..menjadi ke tak novel ni.Tapi,dah bermacam-macam idea ni dalam kepala Yu.Tetiba idea tu datang macam hujan.Apalagi,terus karang lah.Cumanya,ini baru rangkanya.So,banyak-banyak minta maaf lah ya kalau ayat skema sangat.Ouh ya ! ada lagi mahu Yu bagitahu.Actualy,Yu tak pasti sangat nak letak apa tajuk cerita ni.So,Yu main belasah je lah letak Demure VS Narcissim.Dalam cerita ni,Yu jadikan imaginasi.. cuba teka siapa?? haa..siapa lagi kalau bukan my favourite artist and ulzzang :D ..Aliff Aziz dengan Do Hwi Ji.Macam cun je tengok.Tapi,tak hairan kah buat yang biasa baca karya Yu tu, kenapa Yu sering guna 'aliff aziz' sebagai hero? tak boleh ker orang lain?jawapan... kalau nama tukar boleh.Tapi kalau imaginasi Yu tu tentang heronya, maaf tak boleh :( .Kalau orang lain,takkan jadi punyalah tu cerita.Macam babun je tengok cerita tu kalau dalam imaginasi Yu,heronya orang lain.Tapi untuk korang pembaca,suka hatilah nak imaginasikan heronya macammana.Sebab lain orang,lain pendapat kan?haha.. tu,Aliff Aziz heronya,bagi Yuyu lah..bagi korang taktahu lagilah.. hehee~ what about watak lain?Alahh,,main rembat jea dari kenalan terdekat.Such as? Imran,Fauziah,Hidayu.. yang Danial Ezekery tu,ingat nak letak nama pegawai tertinggi Mr.Azani tu..tapi bila fikir-fikir balik..Yu ingat Yu ada watak lain yang lebih sesuai kot untuk dia.Hehee...So,enjoy trial Demure VS Narcissim :)


                                                    

“Yup..aku memang ego ! puas hati kau?” tempelak Melina kasar lalu memeluk tubuh.“Kau memang tiada hati perut Melina.. Aku nak kita clash.. Sekarang juga !”“Wohohoo... talak dekat tangan aku?Interesting!! Well,dekat dalam hubungan kita ni pun..aku yang menonjol kan?And,ramai tak puas hati sebab aku banyak admire.. so,tiada penghalang untuk aku cakap ‘TAK’ dekatkau... Satu pergi,empat datang..”Melina membalas lagi dengan angkuhnya.Lelaki dihadapannya cuma mampu memandang wajah comel Melina dengan perasaan benci yang terlalu mendalam tetapi tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan Melina anak orang kaya di kampung mereka.Mengancam keselamatannya sama juga dengan menempah kubur sendiri.“Takpa Melina.. Takpa..  tapi aku sumpah.. aku sumpah kau akan derita mendapatkan cinta lelaki yang kau idamkan! itu balasan setimpal buat kau !Biar kau tahu rasa.. Biar kau mengerti betapa peritnya cinta !!” Lelaki itu mengugut.Melina melongokan mulutnya pura-pura terkejut kemudian ketawa berdekah-dekah.“Oh My God.. imposible okey? jangan mimpi lah~”“Narcissism !”                                       



       “Bila waktu masuk ?” Haridz pura-pura bertanya sambil meliarkan matanya kearah keadaan lengang persekitaran sekolah.“Tujuh dua puluh...” jawab murid perempuan dihadapannya itu selamba.“Jadi?Kenapa kau masih disini?”Sekali lagi soalan dilancarkan.Dia memandang tepat kearah anak mata gadis yang cuba berlagak tenang dihadapannya itu.“Halahh... setakat lewat lima belas minit je.. Masuk kelas pun,cikgu baru tulis tarikh kot..?”“No Excuse.. “ Ringkas Haridz.Tangannya laju mencatit nama murid yang lambat itu didalam buku nota pengawasnya.“Ouh Men..takkanlah lewat begitu pun nak ditulis??Eh kejap.. you ni bukan budak kelas 5sains1 ke?Yang pendiam tu kan?? Aahhaaahaaa.. ingatkan you ni skema..Rupanya reti marah jugak ehh.. hmm.. i like~”Haridz diam tidak menjawab,memerhatikan setiap inci penampilan gadis itu.Ada yang tidak kena.Dia membongkokkan badannya untuk memastikan tekaannya.’Hahh! Sah !’ Gadis itu terkerut-kerut memerhatikan kelakuannya.“Apa you tengok?jangan nak...”“Tudung dalam.” Pintasnya laju sebelum sempat murid itu menyambung kata-katanya.Setelah selesai mencatat kesalahan kedua yang dilakukan,dia memanggil seorang lagi pengawas yang berdekatan lalu membicarakan sesuatu sebelum dia bertindak menapak pergi.“Ikut saya..” arah pengawas yang barusan tadi berbicara dengan Haridz kepada gadis itu.“So Demure...”               






Peti Simpanan Suara 1“Hari ini,Abah beritahu dia kena transfer ke Johor.Ini bermakna.. aku?? (menunjuk dirinya sendiri) Aku pun akan pindah sekolah sama..?Ohh tidakk~ Segala apa yang aku bina selama ini,di kampung ini akan lesap...Tak mungkin aku mampu membina semuanya sempurna seperti di kampung ini bila berada di Skudai sana.. Semua orang pasti statusnya sepertiku.Atau lebih lagi mungkin??Ahh !! tidak !!





Melina menggogok air di dalam bekasnya berkali-kali untuk menghilangkan gugup.Ragu-ragu kakinya ingin melangkah masuk ke kelas yang diberitahu Penolong Kanan HEM tadi kepadanya.“Inilah dia... Ya Allah...” Melihatkan suasana sepi seperti tiada penghuni membuatkan dirinya semakin dibelengu perasaan khuatir.Pelbagai jenis tanggapan negatif merasuk mindanya agar terus lari sahaja dari sekolah ini.Tetapi,tidak mungkin dia mahu berputus asa sebelum mencuba.Itu bukan dia ! Persoalan demi persoalan bermain di minda.Neraca fikiran juga sudah menjadi tidak statik.Sekejap berat sini sekejap berat sana.Apa yang patut dilakukannya sejurus masuk?Perkenalkan diri?Ouh tidak mungkin ! Bertemankan suasana sepi begini,mana mungkin muridnya mahu mengangkat kepala walau sekali pun untuk memberikan perhatian kepada dia sebagai orang asing.Tiada kaitan bagi mereka.Tetapi,kalau terus masuk dan kemudian duduk? Tidakkah dilabel kurang ajar?Tidak beradab?Nanti ibu-bapa lagi disalahkan.Hendak tanya gurunya,manaada guru dikelas itu.Ya Rabbi! sengsaranya~ Aku buntu memikirkannya!
Melina menggumpal tangannya,mengumpulkan segulung keberanian untuk menempuh murid-murid dikelas itu. “Bismillahhirahmanirrahim..” lafaznya untuk meredakan gemuruh jiwanya.Langkah pertama dihayun,lalu tangan laju mengetuk pintu kelas bertalu-talu.Hampir semua pelajar di kelas itu mengangkat wajah memandangnya sejurus selepas ketukan di pintu kedengaran.“Ya Allah...” Laju Melina mengkalih tubuhnya lalu bersandar di sebalik pintu.Malu yang tidak terhitung bila semua yang bergelar manusia di kelas itu memberikan konsentrasi sepenuhnya kepada dirinya.Dia menggeleng beberapa kali kemudian secara automatik berhenti.Teringat semula akan statusnya sekarang. “Kalau aku tak mulakan sekarang..bila lagi?” Cubaan yang diharapkan berjaya dilancarkan.Kakinya pantas diatur memasuki pintu kelas tanpa ada wujud perasaan gugup.Dia berdiri tepat di hadapan papan putih kelas lalu melilau melihat riak wajah pelajar-pelajar dihadapannya.“Maaf masuk secara mendadak.Arahan Penolong Kanan HEM.. Saya murid baru kelas ni..Boleh tumpang tanya,ada meja kosong dan kerusi kosong tak lagi dekat dalam kelas ni?” Spontan dia menutur bicara.Seorang murid yang duduk di barisan paling hadapan merujukkan ibu jarinya ke tempat yang terletak di sudut kelas.Sungguh terpencil.Tetapi yang baiknya,dekat dengan cermin tingkap.Boleh mengkhayal terbang di awan biru.
Selesai melabuhkan punggung,dia menghembuskan nafas lega.Akhirnya berjaya juga dia mengharungi segala dugaan yang dilaluinya sebentar tadi.Sungguh rasanya seperti hendak membunuh diri sahaja.Dia meraup wajahnya lalu memusing sedikit kepalanya ke arah pelajar yang duduk di meja bersebelahannya.“Wuh.. tekunnyaa......” bisiknya mengagumi pelajar lelaki itu.Langsung tidak seperti dirinya yang super duper pemalas orangnya.Tetapi,keputusan tidak pernah juga lari dari paras yang dia termampu.Di kampung dahulu,boleh-boleh sahaja dia mendapat top-5 di kelas pertama.Setiap kali ada paper keluar,tidak lari dari 5A ke atas dia mampu skor.Semasa PMR sahaja dia mendapat 7A1B.Itu pasallah ramai yang menuduh dia menggunakan jampi serapah setiap kali jawab soalan.Tak belajar dapat A plus-plus..
Bosan menjadikan murid disebelahnya itu pencuci mata,pandangan dikalih pula pada papan putih.Bersih seperti baju yang dicuci dalam iklan breeze.Macam tidak pernah diguna sahaja. “Helehh,,jangan-jangan baru beli..” desisnya lalu menongkatkan tangan dilehernya,membuang pandangan kearah luar tingkap.‘pak..pak..pak..’.....’tuk-tuk-tuk’ Meja Melina diketuk beberapa kali,mengejutkannya.Dia segera memusingkan kepalanya kembali 90darjah kehadapan lalu mendongak memandang insan yang telah membangkitkannya secara paksa dari dunia yang baru sahaja direkanya bentuknya.“Kenapa?” Melina menyoal.Sebelah keningnya sengaja diturunkan untuk menambah impak mimik ‘innoncent’ di wajahnya.“Pelajar baru?” soal murid lelaki yang berpakaian uniform lengkap kayaknya seorang pengawas.Buktinya,warnanya berbeza dengan pelajar lelaki biasa yang lain.“Kita pernah jumpa eh dekat sekolah ni before?” Dungu ke apa?Tak nampak muka aku yang masih fresh dekat saraf optik kau tu masih mau tanya pelajar baru atau tidak kah?“Dekat pinggir jalan pernah..” ringkas pengawas itu menjawab.Dengan corak wajahnya yang masih tegang walaupun tengah mengenakan seseorang,adalah amat menjengkelkan sekali bagi Melina.Tiada perasaan langsung ! Melina mengerutkan keningnya lalu menegakkan duduknya.“Pergi perkenalkan diri dahulu” arahnya tegas.Melihatkan wajah yang tidak berubah dari tadi riaknya,memang tiada pilihan lain selain menurut.Strict boy~ Melina bingkas bangun lalu berjalan menuju ke hadapan kelas,bersedia untuk memperkenalkan dirinya.Sebelum memulakan mukadimahnya,sempat lagi Melina menjeling tajam wajah pengawas itu yang tengah berpeluk tubuh sambil mencerlang kemas kearahnya.“Nama saya Ika Melina.Dari Melaka.. Panggil Melina.” Tanpa disuruh,dia terus mengatur langkah deras menuju tempat duduknya semula.Samaada dengar atau tidak self-introductionnya ada ku kisah?Janji arahan sudah dilaksanakan dengan jayanya.Jadi,kalau masih tidak puas hati,diminta ambil radio dan rewind seberapa banyak yang boleh.Sampai muntah suara aku pun takpe.
“Behave” Pesan pengawas itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Melina di koordinatnya.“Huhh...macam nak ajak aku gaduh je bunyinya...” Melina bersuara cuak sambil melirik pengawas itu dengan pandangan yang penuh jiwa kebengangan.
“Kalau aku dengar sebarang suara dari kelas ni,satu kelas aku hukum !” Pengawas yang ditag namanya tertulis perkataan ‘Haridz Hakkam’ memberikan peringatan kemudian dia melangkah keluar dari kelas tersebut.
“Cieyh.....bajet cool.. macam kambing adalah.. hembekkk~”Tanpa sedar,suaranya memecahkan keheningan sepi.Mana tidak dengar ejekannya itu oleh pengawas tadi yang baru sahaja menapak dihadapan pintu.Segera Haridz berpusing semula kebelakang,memerhatikan setiap murid dikelas itu.“Siapa bercakap tadi tu?” ‘churp-churp..churp-churp..’ Tiada yang mahu mengaku termasuk Melina sendiri.Dia mengalihkan penglihatannya,melihat keindahan diluar tingkap.Ahh~selesanyaa....
“Berdiri semua.. ! “ Haridz bersuara lantang persis seorang komander askar.Serta merta semua pelajar berdiri mengikut arahannya.Separuh daripada mereka berbisik-bisik sambil mengeluh.Mungkin kesal dengan tindakan salah seorang murid dikelas mereka yang telah melanggar peraturan si Head Boy.“Ketuk ketampi 10 kali..Aku kira.Jangan ada yang menipu.Kalau aku nampak,aku tambah..faham?”“Eleh.. suara sikit dah injut... macamlah kau tak pernah bersuara.. ?” Melina bersuara sambil memandang Haridz,jengkel.Dia memeluk dadanya lalu melempar pandangan kearah pelajar sebelahnya yang memberikan isyarat padanya agar segera senyap. Apa?dia mahu aku tidak melawan?Iehh,,sorrylah ya kalau aku mahu turutkan.That’s not me.Itu jelmaan.
Haridz sudah menapak mendekati Melina namun Melina masih di keadaan yang sama.Berlagak tenang walaupun singa sudah kemari ingin membahamnya.“Apa kau cakap tadi?” suruh Haridz sambil menongkatkan tangannya diatas meja Melina.“Bukannya aku radio kau mau suruh ulang...” protes Melina pula membuatkan Haridz semakin bengang.Dia menegakkan semula badannya lalu menarik nafas panjang.Bersedia lah kau untuk menghadapi hukuman!
“Kau jadi victim aku..” putus Haridz serius lalu terus berjalan meninggalkan Melina yang masih berdiri dengan muka tidak pedulinya.“Hahaa.. macam prey-predator lah ni kan??” Haridz drastik memberhentikan langkahnya,geram.Dia memandang Melina dibelakang melalui balik bahunya.“Kau lah mangsa aku.. “ peringatnya sekali lagi sebelum bertindak mengalihkan semula penglihatan kehadapan dan bersedia untuk menunaikan niat asal.“Mangsa? ouh.. kau nak main aku lah ni? kau cukup ‘gagah’ ke nak jadikan aku mangsa kau?Well.. hmm.. boleh.. asalkan kau pastikan yang bukan kau yang jadi pak kaduk aku.. mean.. jadi mangsa aku...dekat sini...................yang pertama.” Melina membalas sinis,memandang belakang Haridz yang semakin lama semakin  lesap dari pandangan.“Pigi berambus lah... syuh-syuh...” Melina memerli lagi walaupun Haridz sudah tidak berada di kelas itu.Dia lantas duduk lalu mencoretkan senyum jahat.
“Ushh! berani nya kau ni... mampus lah kau sebab sekarang kau jadi victim headboy..” pelajar lelaki disebelahnya bertindak menegur keputusan nekad berani matinya tadi.Melina cuma menjeling kosong kearah pelajar lelaki tersebut lalu melempar pandangan kearah hadapan semula.Malas hendak melayan orang pengecut.“Kalau ada apa-apa spotcheck,mesti kau jadi orang pertama di cek.. Lepastu,kau salah sedikit pun dia denda.. Matilah kau...” pelajar itu menyambung lagi ceramahnya membuatkan Melina terasa ingin membuat kuapan.Hahh! Bosannya dengar propaganda tidak bertauliah itu.Baik layan kantuk.“Kau dengar kah tidak ni?”Melina pantas menjeling tajam kearah pelajar lelaki itu lalu memandangnya dari atas hingga kebawah dan sebaliknya.“Kau fikir aku pengecut macam kau?Dia try lah.... Hey.. ni Ika Melina lah... aku cucuk sekali je rebah tu... so,don’t worry.. !”“Kau cakap senanglah.. Ni Danial Ezekery ni,si superman pun pandai hilang kuasa bila berhadapan dengan Haridz Hakkam”“Eh..kejap-kejap... tadi kau ada kata ‘headboy’ kan?? takde pun aku nampak tulis Ketua Pengawas dekat baju dia..”“Bakal...” Danial menjawap separuh berbisik lalu kembali menatap buku sains diatas meja,membelek dan membaca dari satu halaman ke satu halaman.“Alahh..bakal je.. Apa yang nak ditakutkann.. “ Melina mencebik kemudian merebahkan kepalanya di atas meja.
‘kringgg’ loceng rehat akhirnya bergema setelah beberapa waktu dilaburkan untuk mentelaah buku teks tidak bergambar.Ouh,sungguh menyiksa jiwa dan raga seorang pelajar !mana terangsang otak kalau begitu kejadahnya.
Semasa dalam perjalanan ke kantin,sudah ada teguran-teguran nakal budak sekolah itu yang mengacu kepadanya.Akan tetapi,dia tidak akan mudah meletakkan layanan kerabatnya pada budak-budak lelaki tersebut.Apa yang dia mahu,budak itu sendiri datang padanya dan meminta dia menjadi seseorang yang istimewa buat diri lelaki itu.Tetapi,itupun selepas syarat-syaratnya ditunaikan.Kalau tidak,anda amat dialu-alukan untuk lesap dari dalam pandangan saya ! –kejam ayat tersebut xD .
Baru sahaja dia mahu melangkah memasuki pintu kantin,sudah terasa ada kehangatan menyentuh bahunya.“Apa ni sentuh-sentuh !” bentaknya kasar lalu menepis kasar tangan ‘hantu’ yang mendarat dibahunya tadi.“Mana kad pelajar kau??” soal orang tersebut kasar.“Aku tak tahulah..”pantas Melina menjawab lalu meneruskan kembali langkahnya.Namun,sekali lagi tertahan apabila kini tangannya lagi ditarik kasar.“Kalau kau masih nak sekolah dekat sini,kau kena ikut peraturan sekolah ni.Ingat! bapak kau bukan pengetua sampai kau sesuka hati nak langgar peraturan yang telah ditetapkan sekolah ini !”“So,kau nak buat apa kalau aku langgar??” Melina menduga kesabaran pengawas tersebut dengan mencerling kemas kearah wajahnya.“nak lapor??”sambung Melina lagi bersama sengihan yang amat membakar jiwa dan raga.“Kau perempuan !!” Haridz sudah mengetap bibir,geram dengan kelakuan gadis tersebut.“Yess ! 10 markah untuk anda.. saya memang seorang perempuan.Bukan lelaki bukan lesbian..tulenn~ ;)” sengaja Melina membuat mimik ‘wink’ kearah pengawas tersebut.Biarlah supaya dia makin bengang.Aku ingat muka kau lah..bajet cool nak jadikan aku mangsa kau??maaf,kau tak cukup KUAT nak jadikan aku gundik kau.. kau bukan lawan aku.. sekali lagi.... maaf !Haridz menarik nafas dalam,menahan amarah yang kian membuak-buak.Tangan kiri diselukkan kedalam poket manakala mata masih kekal memandang gadis tidak bertamadun dihadapannya itu.Tidak lama selepas itu,secoret senyuman sinis terukir di bibir teruna itu.Melina pula masih menatap Haridz seperti kucing yang menunggu masa sahaja untuk menerkam sang tikus.“Masih baru dah pandai nak melawan....” pedis ayat teruna tersebut.Memang membuatkan darah Melina menggelegak drastik dari 30 darjah celcius ke 85 darjah celcius.Memang nak cari nahas malaun ni.“So what you care if aku melawan??apa kau fikir kau bapak aku sampai aku kena turut setiap butir-butir perkataan kau?” tempelak Melina,menggeram.Dia menunjuk wajah Haridz yang terkandung beribu rancangan jahat khas untuk mengenakan dirinya.Terkumat-kamit bibirnya menahan amarah yang serasanya mahu menampar laju-laju sahaja wajah handsome’konon’ lelaki tersebut.“Okey...fine... just wait and see...” semakin melebar pula senyuman yang diberikan Haridz kepada Melina.Tetapi kali ini,lebih tragis.Lesung pipit yang sememangnya wujud di pipi kiri menjadi semakin terserlah kewujudannya apabila lelaki itu menyimpulkan tawa.Haridz seolah memberi peringatan kepada Melina sebelum dia berlalu dengan menggerak-gerakkan jari telunjuknya dihadapan Melina.Melina cuma mampu mengutuk didalam hatinya oleh kerana Haridz itu lelaki,manakala dia perempuan.Dan,sudah sepastinya dia tidak akan mampu melawan teruna itu kerana keberangkalian besar sahaja status mereka adalah sama.Tidak macam dikampung dahulu,semua orang dia boleh pijak sesuka hatinya.
“Baiklah perempuan gila.Aku sahut cabaran kau.. Kita tengok nanti..siapa akan jatuh pada siapa.” Haridz tersengih jahat.Memang cari masaalah perempuan itu memancing amarahnya.Dari perwatakannya yang tidak suka ambil kisah kau tukarkan ke penuh muslihat.Kau tengok sahaja lah nanti.’Lelaki tidak lepas dari sifat pantang dicabarnya’




“Ezek..kau free tak hari ni?keluar jom..aku bosanlah..Kita ajak Hidayu dengan Fauziah sekali.Amacam?Nanti aku belanja makan sekali...” ajak Melina sambil bermain dengan jarinya.“Aku sorang je laki?” Ezekery menunjuk dirinya sendiri bersama pandangan yang seolah tidak percaya.Terkebil-kebil dia memandang wajah selamba Melina.Seperti tidak kisah sahaja perempuan ni.Dia tahu kah situasi aku sekarang?“Kenapa?masaalah kah??Bukannya kitorang nak liwat kau pun.You’re not my taste okey..”Melina membalas sambil menjegil kearah Ezekery. “halahh,,cakap je lah kau malu nak jalan sebelah aku?” sambung Melina sambil menyelak bebas rambutnya yang ikal.“Hiii..mulott.. tak sayang ehh??”“Ni?” soal Melina sambil menunjuk kearah mulutnya sendiri.Muka cuak dipamerkan.“Kalau aku tak sayang,aku tak guna tau untuk bercakap.Aku guna lubang hidung aku ni..” tukas Melina,geram.“Eh?taktahu plak aku lubang hidung kau ada suara..hahaha !”“Daniel Ezekery !!” jerit Melina lantang lantas memukul Ezekery beberapa kali menggunakan buku milik Ezekery sendiri.Siapa suruh gatal juga nak bawa buku kau ni,lepastu kau letak depan aku pula tu.Lepastu kau bijak sangat buat masaalah dekat aku time ini juga.Haa,kau rasakan lah.. sedap tak sedap.

‘Naega geolpyo ttaena seulpyo ttana nan geol bureugo sippeo....’ nyanyian MY-MY dari kumpulan kpop kegemaran Melina iaitu APink sudah berkumandang menandakan ada panggilan masuk.Entah dari siapa tetapi mahu tidak mahu harus dijawab.Sebab panggilan itu memang tidak lain tidak bukan dari si mamat Ezek yang berlagak tu.Cuma tinggal satu sahaja lagi yang tertinggal.Skarf ! Mana boleh tidak pakai skarf kalau jalan waktu-waktu petang begini.Hendak terbang rambut?Habislah merosot jumlah viewers aku!! No Way ! Jatuh my saham.Selesai mengenakan skarf kain bercorak polkadot pink hitam dikepalanya barulah dia bergegas menuju kearah telefon bimbitnya yang masih khusyuk berdering mendendangkan lagu yang pada pendengarannya seperti lagu ‘gula-gula’ sahaja.Sweet gitu.Butang hijau ditekan untuk menjawab panggilan.

+Ya..aku dah ada dalam library ni.Aku bagi kau masa dalam setengah jam je lagi untuk kau sampai.Kalau tak,aku blah.
-Woi..relax lah bro.. aku baru nak pakai baju kot..setengah jam?kau gila?? nak berkeroncong perut aku dibuatnya.Wei,aku belum makan lagi lah... tunjukkanlah belas kasihan kau dekat kawan kau seorang ni,Yez..plisss
+Dahh ar.. cepat.aku tunggu.
-Yess ! aku sayang kau Yez..kalau aku ni perempuan,aku goda kau habis-habisan Yez..
+Kalau perempuan sekalipun,kau rasa aku akan layan kau kah??
-Sampai hati.. ok lah.. aku siap sekarang jugak..Assalammualaikum..+Waalaikumussalam.

Telefon ditangan digenggam erat lalu bibirnya terkumat marah.Janji pukul 2.30.Tapi ini sudah dekat pukul 3.Apa punya kawanlah.Oleh kerana bosan menunggu,Haridz memutuskan untuk pergi ke gerai berdekatan untuk mengisi perut.“Apa si Shadree ni fikir dia seorang sahaja lapar kah?Aku punyalah penat,perut bukan takat berkeroncong.Siap nyanyi lagu 21Guns lagi,ada kau kisah?2.30 punya fasal,sampai pukul 3 lah agaknya aku tak makan.Nak gastrik aku kambu?Gila punya kawan.” Kutuk Haridz didalam hati.Langkah dihayun laju menuju destinasi yang sudah ditetapkan.
Jari jemari Haridz rancak mengetuk-ketuk meja dihadapannya sambil melilau kearah keadaan sekeliling sementara menunggu makanan yang dipesannya sampai.“Bagus..tak ramai orang” Senyuman tipis terukir dibibir namun segera kendur apabila terpandang kelibat seseorang.Seseorang yang memang sangat-sangat menyakitkan hati juga matanya yang memandang.Dan tidak lupa juga otak !Budak perempuan sengal yang suka sangat membuat ula dengannya.Nasib baik perempuan.Kalau tak,dah lama aku rembat lepastu podot set-set dalam tong sampah.Baru padan muka dia.Suka sangatkan bagi bengang aku.Tiba-tiba terasa panas pula punggungnya asyik duduk memerhatikan dari jauh.Kalau ikutkan rasa,hendak sahaja dia memberi bom salam perkenalan buat gadis tersebut.Tetapi bila difikirkan semula,buat apa dia mahu buat begitu?bukan ada kaitan dengan dia pun budak tu.Buat trauma otak adalah. “Ahh sudah..daripada layan budak sewel tu,baik aku makan bagi kenyang perut aku” ucap Haridz sekadar didalam hati lantas menyuap nasi goreng ayam yang baru sahaja diletakkan diatas mejanya kedalam mulut.Nyum-nyum..sedapnyaa..Jauh lagi indah daripada si minah gila tu.
“Ayu,kita nak duduk mana ni?” soal Melina sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang tidak terlalu padat.Memang rambang mata mencari tempat duduk kalau begini keadaannya.Tapi yang paling important,kalau boleh dekat kawasan yang sejuk-sejuk lah jadi pilihan.Panas ni.“Emm,,aku serah kau ja..” putus Hidayu sambil menjungkit sekali bahunya.Begitu juga Ezekery dan Imran.Seperti berserah kepada keadaan.“Haa..kita duduk situ” ajak Fauziah secara tiba-tiba lalu menghalakan jari telunjuknya kearah sebuah meja kosong yang bilangan kerusinya memang tepat-tepat untuk mereka berlima.“Alaa..kau tu saja kan... aku taulah siapa kau nak..” Hidayu sudah mula melancarkan taktik perang gerilanya.Siap senggol-senggol lengan Fauziah lagi.Fauziah sudah mula buat muka tetapi tidak diendahkan Hidayu.Melina pula sudah terkerut-kerut mendengar perbualan mereka.Apa maksud Fauziah?Ada apa-apa yang aku tertinggal kah?“Hello guys..ada apa-apa yang korang belum ada beritahu aku kerr??” Suara Melina memecahkan kepompong yang penuh dengan nada sinis daripada 4 sekawan tersebut.Empat pasang mata laju menoleh kearah Melina yang kayaknya sudah ketinggalan sesuatu.“Kau taktau lagi??”Hidayu buat muka hairan.Ezekery pula sudah tersenyum sumbing melihat wajah tidak bersalah Melina.“Ni si makcik sorang nehh... nak duduk situ sebab ada Haridz.” Imran pula yang menjawab bagi pihak mereka semua kecuali Melina.Memanglah,sebab si Melina tu memang taktahu apa-apa.“Ouh..”Melina terangguk-angguk mendengar kenyataan Imran.Sekarang barulah dia tahu apa yang sudah berlaku.Matanya segera dialihkan kearah kedudukan meja kosong yang dipilih Fauziah tadi lalu dicari mana meja berdekatan dengan meja tersebut yang sudah dihuni.“Eh.. dia?!” sebutnya perlahan.Jari telunjuknya sudah terangkat mengarah pemuda tersebut menyebabkan keempat-empat rakannya itu hairan.“Kau dah kenapa macam nak sumpah si Haridz tu je gayanya..?” Fauziah menyoal.Hidayu pula meletakkan tangannya diatas bahu Fauziah,isyarat bahawa dia mendukung pertanyaan sahabatnya itu.“Takde lah..cuma..aku pelik..kenapa kau boleh suka dengan.... malaun tu?”
“Panjang ceritanya..”Fauziah menjawab malu-malu seraya menundukkan wajahnya.“Pendekkan..”“Tetap jugak panjang..sebab... sebab aku dah sukakan dia sejak sekolah rendah lagi..hehee”Akhirnya pengakuan berani ‘hidup’ nya dibuat.Apalagi,membujallah mata Melina dibuatnya.Seolah tidak percaya rakannya itu boleh tangkap cintun pula dengan lelaki yang bajet hebat and demure itu.“O Mai Gad...” Melina menutup mulutnya dengan telapak tangan lalu mebontoti sahabat-sahabatnya yang sudah terlebih dahulu mengambil tempat.
Sudah nasibnya,duduk bertentangan dengan mamat yang serasanya sangat mencabar kesabarannya.Apa boleh buat?Nangka sudah jatuh hempap kepalanya sendiri.Oleh kerana dia yang duduk bertentangan dengan Haridz,jadi secara tidak langsung dialah yang dapat menyaksikan aksi teruna tersebut makan.Memang kedengaran tidaklah istimewa sangat,tetapi entah kenapa matanya tiba-tiba seperti tidak mahu berganjak daripada memandang orang yang amat digeramnya itu.Tetapi apa yang pasti,dia rasa seolah tertarik melihat kelakuan teruna tersebut.Caranya mengunyah,caranya pegang sudu..caranya suap makanan dalam mulut.Semuanya macam nampak gentleman pada skrin matanya.Ouh my?Gipsi ker??And one more thing.... terserlah pula kekacakan lelaki tersebut ketika makan.Maybe oleh kerana dia tidak menunjukkan muka tegangnya itu.Iyalah,depan rezeki tu.Takkan nak tunjuk muka marah jugak?
“Kau nak makan apa Mel??” tanya Ezekery sambil memutar-mutarkan telefon bimbitnya diatas permukaan meja.“Oi..kau dengar tak ni...?” soal Ezekery buat kali yang kedua apabila pertanyaannya tidak disahut.“Eh,,gila dah ke minah ni...??” Imran bersuara lalu mengangkatkan sekali kepalanya kearah Ezekery.“Woi Melina..kau nak makan apee??” Kini giliran Hidayu pula yang bersuara.Kali ini baru mumpan punya.Sekali tolakan maut lagi kalau kau nak.
“Eh Kak Ton comey..” Nyaris sahaja Melina jatuh dari kerusi yang didudukinya akibat tolakan Hidayu.Huhh! ganas juga budak ini menolak.Macam aku ni gajah yang beratnya berpaun-paun sampai nak tolak macam tu sekali.Melina sudah mulai mahu membuka mulut namun terhenti apabila melihat riak wajah rakan-rakannya."Apasal muka korang macam..kena sawan je nehh??" persoal Melina hairan sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal."Skarf.." sebut Hidayu tetapi tidak berjaya terluah penuh dek segera dia menekup mulutnya.Melina semakin pelik."Skarf apanya?" sekali lagi Melina menyoal.Keadaan yang tiba-tiba sahaja sunyi membuatkan darah Melina serasanya ingin naik sahaja."Korang cakk..."Sekejapan sahaja sebelum sempat dia meluah rasa geramnya secara penuh,sudah berdengung gegendang telinganya dengan lantunan suara rakan-rakannya yang mentertawakannya.Melina sudah mula tunjuk muka kurang senang.Dia memandang rakan-rakannya satu persatu dengan pandangan yang menikam."Kenapa ni !!" segala jenis ton yang dia punya sudah diturasnya,menunjukkan ketidakpuashatiannya.Apa ini,asal ada apa-apa berita mesti dia yang ketinggalan dibelakang.Tak aci betul.Jahat punya kawan.Selfish !




Older Post Newer Post